-

Saturday, June 26, 2010

ANDA masih PUNYA PELUANG

LAKUKAN PERUBAHAN KERANA ANDA MASIH MEMPUNYAI PELUANG!!



Hari ini, sebenarnya apa yang kita perhatikan tentang krisis kewangan dunia dan dalam Malaysia, semua krisis itu tidak berlaku dengan sendirinya. Ia bukan sesuatu yang berlaku tanpa sebab. Krisis kewangan ini sebenarnya telah datang dari zaman dahulu lagi dan sekarang, ia masih di sini. Hari ini, anda bakal menyaksikan suatu perubahan terbesar pada sistem kewangan dunia dan banyak lagi perubahan yang anda tidak jangkakan. Hari ini, jika anda seorang yang kaya, tidak bermakna anda akan menjadi kaya pada esok hari. Dan juga jika pada hari ini anda seorang yang miskin, tidak bermakna anda tidak boleh menjadi kaya pada esok hari

Oleh itu apa yang harus anda lakukan adalah:


HUKUM PERTAMA:

Pelajari tentang sejarah krisis kewangan dunia


Orang selalu menjauhkan diri daripada mempelajari sejarah. Mereka menyatakan sejarah itu bosan dan sesuatu yang mengantuk. Tetapi sejarah adalah sesuatu yang sangat penting untuk melihat dan bersedia pada masa hadapan. Dengan memahami sejarah sistem kewangan, manipulasi matawang, dan bagaimana bank - bank antarabangsa lebih berkuasa mengawal dunia daripada pihak kerajaan sesebuah negara, akan menjadikan anda seorang yang bijak dalam kewangan daripada orang lain. Kebijaksanaan inilah yang akan memberi anda kuasa untuk ilmu kewangan yang lebih baik dan memberi setiap keputusan yang anda lakukan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment